Terms & Conditions

Big Move Marketing (M) Sdn. Bhd.
Website: https://herbamaju.com

Terma dan Syarat ini mengawal penggunaan laman web herbamaju.com serta semua transaksi yang dibuat melalui laman web ini. Dengan mengakses atau membuat pembelian, pengguna dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.

1. Definisi

  • “Syarikat” merujuk kepada Big Move Marketing (M) Sdn. Bhd.
  • “Laman Web” merujuk kepada jusjadiherba.com
  • “Pelanggan / Pengguna” merujuk kepada mana-mana individu yang melayari atau membuat pembelian melalui laman web ini.
  • “Produk” merujuk kepada minuman herba botani yang dijual oleh pihak syarikat.

2. Kelayakan Pengguna

Pengguna mestilah berumur 18 tahun ke atas atau mendapat kebenaran daripada penjaga sah untuk menggunakan laman web ini dan membuat transaksi.

3. Maklumat Produk

  1. Semua maklumat produk dipaparkan adalah untuk tujuan penerangan umum sahaja.
  2. Produk yang dijual adalah minuman herba botani dan diklasifikasikan sebagai produk consumable.
  3. Kesan penggunaan produk mungkin berbeza bagi setiap individu dan tiada jaminan hasil tertentu diberikan.

4. Harga & Pembayaran

  1. Semua harga dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM).
  2. Harga adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
  3. Pembayaran mesti dibuat sepenuhnya melalui payment gateway yang disediakan sebelum pesanan diproses.
  4. Pihak syarikat tidak menyimpan sebarang maklumat pembayaran pelanggan.

5. Pengesahan Pesanan

  1. Pesanan hanya akan diproses selepas pembayaran berjaya disahkan.
  2. Pihak syarikat berhak untuk membatalkan pesanan sekiranya berlaku isu pembayaran, kesilapan sistem, atau maklumat pesanan yang tidak lengkap.

6. Penghantaran

  1. Penghantaran akan dibuat ke alamat yang diberikan oleh pelanggan semasa membuat pesanan.
  2. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab atas kelewatan penghantaran yang berpunca daripada pihak kurier atau faktor luar kawalan.
  3. Pelanggan bertanggungjawab memastikan maklumat alamat penghantaran adalah tepat.

7. Polisi Return & Refund

Semua urusan pemulangan dan penggantian produk adalah tertakluk kepada Return & Refund Policy yang dipaparkan secara berasingan di laman web ini.
Tiada pemulangan wang (cash refund) dibuat dan refund hanya dalam bentuk penggantian produk, tertakluk kepada terma yang ditetapkan.

8. Hak Milik Intelektual

Semua kandungan di laman web ini termasuk teks, grafik, logo, imej, dan bahan pemasaran adalah milik Big Move Marketing (M) Sdn. Bhd. dan tidak boleh disalin, diedarkan, atau digunakan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak syarikat.

9. Had Liabiliti

  1. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian langsung atau tidak langsung akibat penggunaan laman web atau produk.
  2. Penggunaan produk adalah atas tanggungjawab pengguna sendiri.

10. Perubahan Terma

Pihak syarikat berhak untuk mengubah, meminda, atau mengemas kini Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Perubahan akan berkuat kuasa serta-merta selepas dipaparkan di laman web.

11. Undang-Undang Yang Digunapakai

Terma dan Syarat ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

12. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkaitan Terma dan Syarat ini boleh diajukan melalui maklumat hubungan yang disediakan di laman web herbamaju.com.

TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT